Gotong-royong Jawi, secara berjemaah

12:30 PG

Image may contain: 2 people, including Shamsul Amin, people sitting and indoor

PERTAMA kali mendengarnya, bukan? Gotong-royong membersihkan sesuatu kawasan, menyiapkan sesuatu tugasan; itu sudah biasa. Tetapi bergotong-royong menyudahkan kerja-kerja Jawi, ini pertama kali. 

Di bawah seliaan Dr Mulaika Hijjas, pensyarah kajian Asia Tenggara dari SOAS University of London, kami secara kolektif mentransliterasi sebuah teks hikayat panji lama, Syair Jaran Tamasa (teks catatan 1804), daripada Jawi klasik kepada Rumi, pada suatu petang 12 Ogos di sebuah kedai buku sederhana tetapi tepu makna, Tintabudi, permata berharga di celah-celah Bangunan Zhongsan, Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Image may contain: Shamsul Amin, Muzam Rahim and Nadhirah Ghani, people smiling, people sitting and eyeglasses

Image may contain: 5 people, including Nurul Huda and Muzam Rahim, people smiling, people sitting, office and indoor



Pertama kali sebenarnya buat saya secara secara peribadi, menjalankan transliterasi Jawi-Rumi dalam ruang lingkup filologi. Siang tersebut, dalam ruang masa sesingkat dua jam, kami ditugaskan merumikan satu bahagian daripada syair tersebut secara serentak.

Apa yang menarik (daripada pemerhatian saya), kerja-kerja transliterasi secara kolektif sebegini lebih istimewa berbanding merumikan secara sendiri-sendiri.

Kemampuan meneliti Jawi yang berbeza setiap seorang memungkinkan penemuan yang berbeza bagi setiap satu perkataan. Justeru, apabila hasil transliterasi digabungkan (merge), kita akan menemukan suatu transliterasi yang hampir sempurna akibat campuran bacaan kurang tepat + bacaan sempurna.


Bersama Dr Mulaika Hijjas, pensyarah dalam kajian Asia Tenggara dari SOAS, University of London. Kalau ditakdirkan suatu hari, pengajian pascasiswazah saya berjodoh di SOAS University of London, saya mahu Dr Mulaika jadi penyelia saya!

Saya kira, aktiviti transliterasi sebegini wajar diperbanyak. Transliterasi secara berjemaah lebih efisien berbanding transliterasi secara individu. Hal ini diperakui Dr Mulaika sendiri. Hasil transliterasi nanti, boleh diterbitkan dan dimasyarakatkan, seperti yang Fixi pernah lakukan kepada naskhah Hikayat Raja Babi.

Naskhah Hikayat Raja Babi sehinggi kini masih berlegar dalam pasaran, dan versi e-buku boleh didapati secara percuma dengan mengeklik imej di bawah:

Image result for hikayat Raja babi

Terima kasih kepada Tintabudi, kerana menyediakan ruang ini (dan pisang goreng yang sedap!) dan terima kasih kepada Dr Mulaika, atas bimbingan yang diberikan.

Foto pascaacara. Kredit foto: Laman FB Tintabudi

--------------------------

Transliterasi Syair Jaran Tamasa dijalankan secara crowd-sourcing di atas talian, boleh semak pautan berikut:


Teks asli Syair Jaran Tamasa pula boleh diakses di laman blog koleksi Melayu dan Indonesia British Library, di pautan berikut:


You Might Also Like

0 ulasan